Wednesday, November 25, 2009

salam aidil adha

salam aidiladha untuk semua umat islam. kepada insan yang berada di tanah suci semoga mendapat haji yang mabrur...inshaallah satu hari nanti aku akan kesana..

Tuesday, November 24, 2009

kalo dah lelaki ...

kecik lagi dah tunjuk yer....tak lah...adik saje je nikan..cuba teka adik tgh buat aper

afif 9 bulan

alhamdulillah..semalam adik dah merangkak..terus laju jer..sebelum ni memang nampak dia punyer kebolehan nak merangkak dah cuma dia tak pandai nak menyusun kaki mana nak pegi dulu..yg syoknyer dia mula merangkak tu depan aku sendirik..hishh..kakak dulu tok yg tgk dulu..aku tgk mula2 dia tarik satu kaki pastu berenti..sekali lagi 2 langkah plak pastu berenti..yg ketiga agaknya dah konfiden..terus laju...aku yg teruja tgk..tp x sempat nak ambik gambar...sebab teruja sgt..allah maha kaya kan..dalam sekelip mata je DIA bg merangkak..subhanallah..GIGI..belum menampakkan diri lagi..org kata lambat tumbuh lambat rosak ..betul ker??ape pon asalkan anak2 aku sihat aku bersyukur sangat..

Monday, November 23, 2009

Konvokesyen pertama aina..


22/11 merupakan hari bersejarah kami sekeluarga..sebabnya..inilah pertama kali aina akan naik pentas akademik...huhu..berair jugak la mata aku..bukan aper..terharu la jugak..bila nama anak disebut dan dapat naik pentas tu terima hadiah...selain tu dia ada masuk 'choral speaking'...ibu mana tak seronokkan...aku bangga dengan cikgu cikgi kat sekolah tahfiz ni..sebab dorang boleh menyusun dan mengatur program tok kanak2 ni semua dgn jayanya..bukan sikit budak2 ni..ramai.. lagik pulak ,ada mak bapaknya kat situ,paham2 jelah..tapi semuanya berjalan lancar..gambar pulak ..tak byk sgt..maklumla semua mak pak eksited ngan anak masing2..sume kedepan nak ambik gambar..meriah ngan mak pak je..tu yg kurang sikit tu..tp tak pa..untuk aina..ibu bangga dengan kakak..semoga berjaya dunia dan akhirat,doa ibu sentiasa mengiringi anak anak ibu...inshaallah..



sampai je semlam ciku terus makeup budak2 untuk persembahan..yg beju merah tu teacher kathy..cikgu bahasa english dorang ..bagus cikgu ni tak cakap bahasa melayu langsung...

ni muka2 dah siap makeup


nak tunjuk la dia pakai sarung tangan..besar dari tuan tu..hehe
dah naik pentas...
mulaaa....
saje fokus dekat...tp pakai hp ..tak meriah gambar nyer
dan yang kat bawah ni.. ambik hadiah akademik pulak..alhamdulillah
tgh beratur ikut giliran...mengantuk la pulak tu
anak ibu ambik hadiah
inilah hadiahnyer
sukanyer..ibu ke aina yg suker
inshaallah..tahun depan inilah jubah aina..

Saturday, November 21, 2009

ku kerja..

huhuhu...ku kerj ari nih...esok coti....kakak gue mari..and esok hari kecemerlangan sekolah aina..TADIKA TAHFIZ AL-FUDHAIL..aina buat persembahan dan ada la dapat anugerah cemerlang..alhamdulillah..nanti next n3 tunjukkan gambar yerk..chowwww

Wednesday, November 18, 2009

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


piccasbymimiziouslious

Tuesday, November 17, 2009

batuk

hari ni pening mikirkan afif batuk ..teruk ...sebelum ni pon batuk gak ..bg ubat,dah kurang ..TAPI..ari ni batuk balik...kesian..mr ayah kater bg madu..sekarang ni susah la nak cari yg betul2 asli....pening2..sekarng nikan musim sejuk...lg la teruk ni kang...adoyaiiii..kesian

Sunday, November 15, 2009

N3 JANJI

haahahaha...aku gelak dulu...tgk tajuk ..JANJI..alkisahnyer...bulan syawal ari tu,aku ade mintak gamba raya sekeluarga dari member2 poli aku dulu.....tok buat n3 raya la konon..tup tup aku lupa..sekeh baru tau..tetiba ari ni aku dapat mail dari arin ..walaupon tak sume bg gambo aku tetap kena buat gak pasal dah janji..so pada shah & arin time kasih yer..pada kak nani ,zari,pejal,syed,sai,ome,che tom(anak dara),baitie(ada lg anak dara) paham paham la yer, cecepat la bg kat aku ni...boleh hapdet cepat...kasi meriah blog aku nih...











Familia Zainal&Ain




















Familia Arin&???














Familia Shah&Alin






yg lain cepat yer..nanti aku hapdet dalam ni...







hari minggu yg lesu

KENAPA??????!!!!
sebabnyer...aku kerja 7 ari seminggu campur minggu depan 13 ari kerja tanpa cuti termasuk sabtu ahad.....huhuhu...yg tak syokyer..letih la badan...tp yg syok nyer ujung bulan...duit OT tu...huhuhu...aku rasa penattt ari ni....bgn kol 3.30pg..pegi pasar borong ,cari ikan tok aku sekeluarga(pahala tu).....aku pg ngan mr ayah la...aku maner tau bawak keta kan...balik umah ..trus klik NUFFNANG...harap2 jd la aper yg aku harapkan...korang yg baca ni jgn lupa klik NUFFNANG aku yer...

Friday, November 13, 2009

aktiviti ujung minggu..

minggu lepas ayah pergi kem bina negara kat DUSUN ECO PARK 2 ari 1 malam..kami kat umah pon bina la semangat kami sendirik anak beranak...hehehe...bukan aper minggu ni tak leh jenjalan memana pon ..ayah tak der..nak harap ibu tak bawak keta...huhuhu...lesen tu nanti aku framekan jer.....aktiviti kali ni kat belakang umah jer...'kolam' ada 2 saiz je ,tok adik ngan kakak...tok ibu nan ado...tak muek dooo..gambar aku mencik nak masukkan..jd senget gak..aku tak tau nak buek camano..yg ado cuma gambor ni..tok nak bergambar ngan dik..dia la kata..aku tau sebenornyer nak tunjuk munge dia tu ...hihihi....adik pon layan gak gambor ni...hmmm...pandai sudah tgk kamera

Thursday, November 12, 2009

Nuffnang

salammm...
Ari ni dengan rasmi nyer aku dah ada ads nuffnang..tp aku lom pandai paper pon...kalo ader yg baca sini ...meh la ajar aku ...aku pon nak gak aern sime money....meh la meh la....disebabkan kesibukan aku nak belajar pasal nuffnang ni ..aku tak moh la menaip bebanyak ...okeys....

Monday, November 02, 2009

dapatkah kita....

renungan bersama

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan. 11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Kulaan